Tuesday, 3 December 2013

Set Vitamin Untuk Kehamilan






Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan oleh wanita mengandung kerana nutrisi setiap makanan membantu dalam proses tumbesaran janin dalam rahim. Dalam masa yang sama, kesihatan ibu perlu berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas. 

Setiap kali pemeriksaan bulan di klinik kerajaan atau swasta, nurse akan membekalkan beberapa vitamin. Antaranya adalah OBIMIN. Sewaktu hamil, ibu memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk memastikan kandungan sihat dan tumbesaran adalah normal.


NUTRISI YANG DIPERLUKAN OLEH IBU HAMIL



KALORI

  • Pengambilan kalori harus ditambah 300-400 kkal per hari selama masa kehamilan.
  • Secara idealnya, 55% kalori karbohidrat, 35% kalori lemak, 10% protein dan selebihnya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.


ASID FOLIK
  • Pada beberapa minggu sebelum dan setelah awal kehamilan, embrio memerlukan asid folik yang banyak untuk PEMBENTUKAN SISTEM SARAF DAN SEL.
  • Tambahan 400 mikrogram asid folik pada setiap hari diperlukan selama trimester pertama. Kekurangan asid folik mengakibatkan janin tidak berkembang dengan sempurna dan boleh membawa kepada kecacatan seperti ANENCHEPHALY (tanpa batok kepala), SPINA BIFIDA (tulang belakang tidak bersambung) dan BUBUR SUMBING
  • Asid folik juga terdapat dalam BERAS PERANG, SAYURAN HIJAU dan BUAH-BUAHAN.


PROTEIN
  • Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasa)
  • Ianya boleh diperolehi dari DAGING, IKAN, PUTIH TELUR, KEKACANG, TAUHU DAN TEMPE.


KALSIUM
  • Pengambilan kalsium 1000mg/hari diperlukan untuk MENJAGA PERTUMBUHAN TULANG DAN GIGI, KONTRAKSI OTOT dan SISTEM SARAF


VITAMIN A
  • Vitamin A bermanfaat untuk MEMELIHARA KULIT, FUNGSI MATA dan PERTUMBUHAN TULANG. 
  • Pengambilan Vitamin A tidak boleh berlebihan kerana ianya boleh MENGANGGU PERTUMBUHAN EMBRIO.


ZAT BESI
  • Zat besi amat penting untuk PEMBENTUKAN DARAH.
  • Kekurangan zat besi akan mengakibatkan ANEMIA yang berbahaya bagi ibu dan bayi.
  • Ibu hamil memerlukan 30mg/hari zat besi.


VITAMIN C
  • Ianya bermanfaat MEMUDAHKAN PEMBENTUKAN PENYERAPAN ZAT BESI oleh tubuh, selain untuk MENJAGA KESIHATAN GIGI DAN GUSI.


VITAMIN D
  • Ianya sangat berguna untuk PEMBENTUKAN TULANG kerana membantu penyerapan kalsium.


Setiap trimester, pemakanan ibu hamil adalah berbeza. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil karbohidrat yang berlebihan sewaktu trimester yang terakhir kerana ianya akan menggemukkan dan boleh mencetuskan pelbagai penyakit lain seperti DARAH TINGGI dan DIABETIS.



VITAMIN ASAS SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL !!!





So, apa tunggu lagi... GRAB NOW !!!! HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA MENARIK !!!!




MARINA YUSOF

SID : 1077710
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-225 3249
Email : vitamommy@gmail.com


No comments:

Post a Comment