Tuesday, 1 October 2013

Penyusuan Susu Ibu





Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara konsisten kerana bayi anda akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika si manja disusui secara eksklusif.  Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan tercapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti berikut :


  • Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa 1 JAM PERTAMA SELEPAS KELAHIRAN bayi.
  • Penyusuan eksklusif, iaitu bayi HANYA DIBERIKAN SUSU IBU tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
  • Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu KEKERAPAN MENYUSU adalah bergantung kepada permintaan bayi anda.
  • Tidak memberikan sebarang BOTOL ATAU PUTING TIRUAN kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama untuk mengelakkan kekeliruan puting.
  • Semua jenis cecair TIDAK DIGALAKKAN diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.





Susu ibu sangat sesuai untuk bayi yang memerlukan PERKEMBANGAN OTAK yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rati ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.


Susu ibu memberikan 1000 KEBAIKAN kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan FIZIKAL, MENTAL, EMOSI dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang pratikal bagi keluarga dan masyarakat untuk MENJIMATKAN WANG.


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU
  • Mengecutkan rahim dan kurang RISIKO PENDARAHAN
  • Kurang risiko KANSER PAYUDARA dan OVARI
  • Kurang TEKANAN PERASAAN selepas bersalin
  • Penyusuan secara konsisten membantu MENJARAKKAN KELAHIRAN
  • Mengembalikan BENTUK BADAN ibu kepada asal
  • Jalinan EMOSI yang erat "bonding" antara ibu dan bayi
  • MUDAH dan tidak memerlukan banyak persediaan


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI

  • Perkembangan PSIKOMOTOR, EMOSI dan SOSIAL yang lebih baik
  • Perkembangan DAYA INTELEK yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko DIABETES KANAK-KANAK, KANSER, JANGKITAN TELINGA dan PNEUMONIA
  • ANTIBODI TINGGI untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko SINDROM KEMATIAN MENGEJUT
  • Komposisi ZAT MAKANAN yang mencukupi
  • PENGHADAMAN yang mudah




MARINA YUSOF

SID : 1077710
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-225 3249
Email : vitamommy@gmail.com



No comments:

Post a Comment