Informasi maklumat ini sangat bermakna dan bermanfaat untuk dikongsi bersama semua mommies. Mungkin masih ramai mommies muda yang kurang pasti tentang BAHAYA dan KEBURUKAN memberikan AIR MASAK kepada bayi yang berusia dibawah 6 bulan.
ANTARA KEBURUKAN MEMBERIKAN BAYI ANDA AIR MASAK !!!
MERENCATKAN
Amalan memberikan air masak kepada bayi boleh MERENCATKAN TUMBESARAN DAN AKAL, MENGANCAM NYAWA dan menyebabkan SAWAN TARIK. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberikan air kerana perutnya yang masih belum matang sepatutnya ianya diisi dengan susu ibu yang penuh dengan khasiat dan nutrisi yang penting untuk tumbesaran seawal 6 bulan yang pertama (Air masak tidak mengandungi khasiat. Ianya adalah semata-mata air kosong sahaja)
PENCEMARAN
Air boleh menjadi AGEN PEMBAWA KUMAN kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yang digunakan air. Ini akan mendedahkan si manja kepada cirit-birit. (Susu ibu diberi kepada bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari, CONFIRM selamat untuk bayi anda)
MENGHAKIS
Air akan menghakiskan SALURAN PELINDUNG PENYAKIT yang terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. (Susu ibu sangat baik untuk perut anak anak, itulah sebabnya, itulah sebabnya bayi yang menyusu badan mempunyi imuniti yang sangat kuat)
JAUNDIS / DEMAM KUNING
Bayi jaundis yang diberikan air masak yang banyak (kononnya untuk meredakan jaundis) boleh MERENCATKAN AKAL bayi. Untuk bayi yang berusia 5 minggu ke bawah, jika diberikan air masak yang banyak akan menyebabkan kandungan garam didalam badannya cair. Apabila kandungan garam didalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik. (INGAT !!!, jangan berikan bayi anda minum air masak sama sekali)
credit : Risalah Panduan Penyusuan Susu Ibu
No comments:
Post a Comment